Shamsul Amri Baharuddin Hubungan Etnik Assignment


Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi

BANGI, 30 Jun 2015 – Penggunaan Media Sosial secara meluas dan berpengaruh telah membawa faedah tetapi ia juga ada buruknya di Malaysia.

Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata walaupun ia telah menjadi alat yang berkesan untuk berkongsi maklumat, media sosial  juga telah disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah dan maklumat salah.

Prof Shamsul berkata pembangunan media sosial sejak kebelakangan ini telah memberi kesan kurang sihat terhadap perpaduan negara.

“Dengan perkembangan dan kemajuan media sosial di Malaysia, kita perlu sedar bahawa keselamatan negara telah terbuka dengan pelbagai ancaman, meningkatkan ketelusan (transparency) tentang pemerintah dan ia turut membuka ruang kepada rakyat Malaysia bagi membincangkan isu-isu politik sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang,” katanya semasa menyampaikan ucaptama pada program Wacana KITA yang bertajuk Peranan Media Sosial dalam Hubungan Etnik: Cabaran dan Harapan di sini pada 16 Jun lepas.

Profesor Shamsul  berkata walaupun media sosial turut menjadi saluran alternatif maklumat dalam mempromosikan nilai demokratik, ramai pengguna kurang berhati-hati apabila melemparkan tuduhan.

“Jika kita perhatikan, kita dapat melihat melalui perkembangan media sosial di Malaysia, kadar celik politik masih rendah kerana perbincangan di laman sesawang itu hanya tertumpu pada hal-hal peribadi, fitnah antara satu pihak dan pihak yang lain serta memanipulasi fakta yang betul.

“Kita juga dapat melihat bahawa pelayar media sosial turut mempunyai pengetahuan sejarah yang minima kerana kita jarang melihat perbincangan yang agak rasional di media sosial,” katanya.

Namun demikian media sosial adalah wahana yang boleh membincangkan bermacam-macam perkara melalui alam maya, dan ramai rakyat Malaysia  tidak ketinggalan ketika negara menghampiri status negara maju menjelang tahun 2020.

Sementara itu, panel dalam wacana tersebut, Datuk Mior Kamarulbaid Mior Shahid yang merupakan mantan Ketua Pengarang Berita Harian berkata perkembangan media sosial adalah sesuatu yang memberi kesan positif kepada masyarakat.

“Saya bercakap dalam skop penyebaran berita. Kalau dulu pada tahun 1980-an, kita cukup susah untuk mengetahui apa yang berlaku di sekeliling kita sehinggalah berita itu dikeluarkan di akhbar-akhbar. Tetapi kini, kita dengan mudah dapat mengetahuinya melalui media sosial.

“Ini adalah perkembangan positif kepada masyarakat termasuk wartawan yang membuat liputan kerana berita yang diperoleh mudah disampaikan kepada editor dan seterusnya kepada masyarakat,” katanya.

Katanya walaupun penyebaran sesuatu berita itu adalah cepat, tetapi beliau turut menegaskan kepada masyarakat supaya membaca dan mempercayai berita melalui sumber yang sahih sahaja.

“Sejak perkembangan media sosial, kita dapati banyak blog telah muncul dan kebanyakan penulisan yang dibuat adalah tidak berdasarkan fakta yang tepat. Jadi saya harap pengguna media sosial dapat membuat pertimbangan yang bijak dalam melayari laman sesawang yang ada dalam media sosial,” katanya.

Bagi Timbalan Pengarah (Kecemerlangan Pengajaran dan Inovasi) Pusat Pengajaran dan Teknologi Pembelajaran UKM, Prof Madya Dr Supyan Hussin, perkembangan media sosial telah menjadi platform untuk melibatkan diri dalam masyarakat.

“Hasil kajian yang dilakukan baru-baru ini mendapati pengguna media sosial bimbang, berhati-hati dan tidak yakin apabila berhadapan dengan isu-isu etnik dan perkauman yang berlegar dalam media sosial dan mereka juga belum bersedia untuk menghalang atau mencegah penyebaran isu-isu etnik dan perkauman dalam media sosial,” katanya.

Beliau berkata individu, masyarakat dan pihak berkuasa perlu memainkan peranan dalam menangani isu etnik dan perkauman yang semakin berleluasa di media sosial.

Beliau turut menasihatkan kepada masyarakat supaya menyemak kesahihan sesuatu info yang tersebar di media sosial dan jangan mudah viralkan info-info tersebut bagi mencegah kemungkaran yang lebih besar.

“Masyarakat juga perlu meningkatkan kesedaran kebertanggungjawaban dan bertindak berdasarkan undang-undang. Jika merasakan sesuatu info yang tersebar di media sosial adalah tidak betul dan menjatuhkan maruah seseorang, buatlah aduan kepada pihak berkuasa atau melakukan demo secara aman supaya wujud suasana positif dan memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya.

Seorang lagi panel yang merupakan Ketua Pegawai Kandungan MCIL Multimedia Sdn Bhd, Tan Lee Chin berkata beliau beranggapan bahawa media sosial adalah medium terbaik dalam menyebarkan sesuatu maklumat kepada masyarakat.

“Untuk syarikat kami, kami memang menggunakan medium media sosial dalam melaksanakan tugas harian. Kami akan mengumpul maklumat yang telah diviralkan dan dijadikan bahan berita. Kami akan temubual mereka yang telah menjadi viral di media sosial dan memuat naik berita tersebut ke laman sesawang,” katanya.

Beliau berkata untuk generasi muda sepertinya, penggunaan media sosial adalah satu langkah yang bagus kerana sekarang ini masa telah melangkaui segalanya.

“Semuanya kita nak cepat. Jadi dengan adanya internet dan smartphones, kita dapat mengetahui sesuatu perkara dengan mudah dan cepat dan boleh di akses di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa,” katanya.

Ketua Hubungan Media Petronas, Irwan Abdul Rahman memberitahu bahawa melalui media sosial masyarakat akan berkongsi segalanya tentang idea dan kepintaran.

Wacana tersebut adalah anjuran KITA dan Majlis Profesor Negara.

 

Fakulti Sains Sosial, UNIMAS

NAMA KURSUSHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

(Ethnic Relationship in Malaysia)

KOD KURSUSSSX0022KREDIT2PRASYARATTiadaSINOPSISKursus ini membincangkan persoalan hubungan etnik diMalaysia, yang merangkumi aspek sejarah, politik, ekonomi dansosiobudaya. Bahagian pertama kursus ini menfokuskan kepadaperbincangan konsep-konsep asas budaya dan hubungan etnik secara am. Bahagian kedua meneliti perkembangan hubunganetnik di Malaysia dari perspektif sejarah dari segi pluraliti,bentuk dan struktur masyarakat, yang terbahagi kepada tiga era,iaitu prakolonial, kolonial dan merdeka. Bahagian ketigamembincangkan asas hubungan etnik terutamanya hal-halberkaitan perlembagaan Malaysia, faktor hubungan etnik sepertipolitik, budaya, agama dan pendidikan. Bahagian terakhirmemfokus kepada isu-isu semasa hubungan etnik dan juga usahamewujudkan negara-bangsa menurut acuan Malaysia.

(This course examines and discusses the ethnic relationships in Malaysia covering historical, political, economic and socio-political issues. The first part focuses on basic cultural and ethnic relations concepts in general. The second part of thecourse examines the development of ethnic relations in Malaysiabased on historical, plurality, form and structural perspectivesduring three different era, i.e post-colonial, colonial,independent. The third part discusses the foundation of ethnicrelations especially pertaining to the Federal Constitution suchas politics, culture, religion and education. The final part  focuses on current ethnic relation issues and steps taken tocreate a nation state based on Malaysia's own formula.)

HASILPEMBELAJARANDi akhir kursus ini, pelajar-pelajar bolehoMemahami konsep-konsep asas dalam hubungan etnik.(C2)

SSX0022 Hubungan Etnik di Malaysia1 / 4

Categories: 1

0 Replies to “Shamsul Amri Baharuddin Hubungan Etnik Assignment”

Leave a comment

L'indirizzo email non verrà pubblicato. I campi obbligatori sono contrassegnati *