Contoh Assignment Pengurusan

BBPB 21031.0 PENGENALAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Pengurusan sumber manusia merupakan salah satu daripada fungsi-fungsi pengurusanyang paling penting di dalam sesuatu organisasi. Ia bertujuan untuk mempermudahkan sertameningkatkan penggunaan pekerja yang berkesan bagi mencapai matlamat-matlamat organisasidan pekerja. Bagi melihat dengan lebih jelas bagaimana pengurusan sumber manusia berperanandi dalam sesuatu organisasi, contoh sebuah kolej kemahiran akan dihuraikan sebagaimanadikarangan seterusnya.Menurut Bohlander et. al (2001), pengurusan sumber manusia merangkumipenggabungan semua tenaga kerja yang pelbagai untuk mencapai matlamat bersama. ManakalaIvencevich (2001), pula mentakrifkan pengurusan sumber manusia sebagai fungsi yangdilaksanakan dalam organisasi bagi membantu memudahkan penggunaan sumber manusia secaraberkesan untuk mencapai matlamat organisasi dan individu.1.1 ORGANISASIOrganisasi ditakrifkan sebagai gabungan dua orang ataupun lebih yang bekerja bersama-sama secara koordinasi bagi mencapai sesuatu objektif (Samsudin Wahab, 2003). Bagi mencapaiobjektif tersebut pengurus yang mengepalai sesuatu organisasi yang dibentuk mestimenggunakan segala sumber organisasi yang ada dengan secekap mungkin. Sumber utamaorganisasi adalah sumber manusia, sumber mesin atau peralatan dan akhirnya sumber modal ataukewangan. 1.2 NAMA ORGANISASIOrganisasi yang dipilih untuk membuat analisa bagi menyiapkan tugasan bagi subjek iniialah Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas, Kelantan (KKTM).1.3 JENIS PERNIAGAAN ATAU PERKHIDMATANPerniagaan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh kolej ini ialah memberi latihankemahiran kepada kaum bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga lepasansijil kemahiran. Program kemahiran yang ditawarkan oleh kolej adalah di peringkat diplomateknologi ialah Kejuruteraan Elektrik (Kuasa), Kejuruteraan Elektrik (Domestik & Industri),1

Open and distance learner

1.0 Pengenalan.
Pendidikan terbuka dan jarak jauh atau yang lebih dikenali sebagai Open and Distance Learning (ODL) telah menjadi satu bahagian penting dalam system pendidikan di kebanyakan negara di seluruh dunia. Perbandingan yang ketara antara ODL dengan pendidikan biasa ialah pendidikan biasa menekankan pada komunikasi bersemuka, manakala ODL meminimunkan interaksi antara pensyarah dengan pelajar dan antara pelajar dengan pelajar. Sesuai dengan perkembangan industri teknologi moden masa kini, Peranan ODL telah berkembang ke arah membuka peluang kepada rakyat yang bekerja untuk memperolehi kelayakan, kelulusan, kemahiran, dan pengetahuan.
Sebagai definisi :"Open learning is defined as a student-centered approach to education that removes all barriers to access while providing a high degree of learner autonomy. Distance education refers to a mode of delivering a course of study in which the majority of communication between teachers and students occurs noncontiguously, and the two-way communication between teacher and student necessary for the educational process is technologically mediated. Distance education may or may not be based on open-learning ideals." (Maxwell 1995, ms 43)

2.0 Methodology/ Kaedah digunakan dalam (ODL)
Pendidikan terbuka dan jarak jauh (ODL) adalah pembelajaran yang berkonsepkan penjelajahan sepanjang hayat, yang tidak semestinya terbatas di bilik kuliah. Pelajar boleh menjangka mendapat pendidikan dan kelayakan ijazah yang unggul, yang boleh diperolehi mengikut tempo sendiri, tanpa mengorbankan tanggungjawab kerja dan komitmen peribadi dan keluarga.
Terdapat berbagai-bagai kaedah yang biasanya digunakan dalam ODL. Lihat gambarajah 1.1 yang menunjukkan kaedah pembelajaran di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) salah satu universiti yang mengkhususkan kepada pendidikan terbuka dan jarak jauh (ODL).



Rajah 1.1: Kaedah pembelajaran ODL

2.1 Pembelajaran Urus Kendiri.
Pembelajaran Urus Kendiri memberi kebebasan kepada pelajar untuk belajar mengikut jadual sendiri. Bahan utama pembelajaran yang dibekalkan adalah modul bercetak yang direkabentuk khas untuk pelajar. Bahan-bahan yang lain seperti CD-ROM, Pita video/audio juga dibekalkan mengikut kesesuaian.

2.2 Pembelajaran Atas Talian
Sistem Pembelajaran Atas Talian OUM dikenali sebagai myLMS (Learning Management System). MyLMS merupakan sebuah platform e-pembelajaran yang komprehensif dan fleksibel yang menawarkan system pengurusan pengguna kursus dan komuniti maya(online community) yang berasaskan web dengan system pentadbiran multimedia.

2.3 Pembelajaran Bersemuka
Pembelajaran ini dijalankan secara berdepan antara tutur dengan pelajar. Biasanya dijalankan di Pusat Pembelajaran yang telah ditetapkan. Perkara yang dibincangkan antaranya kandungan kursus, tugasan, isu-isu yang berkaitan, dan biasanya dijalankan pada hujung minggu atau selepas waktu pejabat.

3.0 Isu-isu Dalam ODL
Pendidikan terbuka dan jarak jauh (ODL) merupakan system pendidikanyang baru khususnya di rantau Asia. Masih bayak yang ragu akan keberkesanan dan mutunya. Hal ini demikian kerana masyarakat Asia masih menekankan pendidikan biasa. Perubahan kepada sesuatu yang baru kerap menjadi tanda tanya kerana kekurangan maklumat. Berikut dibincangkan kelebihan dan kekurangan ODL:

3.1 Kelebihan ODL

3.1.1 Peluang mendapat pendidikan tinggi
Membuka peluang kepada masyarakat untuk mendapat pendidikan tinggi kerana pada masa dahulu pendidikan tinggi hanya dapat dicapai oleh golongan minority yang teristimewa. Walaupun permintaan terhadapnya adalah tinggi, bilangan universiti awam adalah tidak seberapa dan kemasukan adalah terbatas.

3.1.2 Peluang belajar kepada yang bekerja
ODL membuka peluang luas bagi mereka yang bekerja untuk menimba ilmu pengetahuan. Walaupun mereka bekerja dan mempunyai tanggungjawab kepada keluarga, mereka masih boleh belajar dengan kaedah yang digunakan oleh ODL.

3.1.3 Penimbaan ilmu sepanjang hayat
Peluang belajar dan mencari ilmu terbuka seluas-luasnya dan mereka yang berkelayakan dapat meneruskan penimbaan ilmu sepanjang hayat. Dengan demikian gesaan junjungan Nabi Muhammad supaya menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahad benar-benar dapat dihayati.


3.1.4 Sokongan Kerajaan
Di Malaysia, penubuhan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) pada 10 Ogos 2000 yang mengkhususkan ODL menjadi bukti kepada kepada sokongan kuat kerajaan.

3.1.5 Peluang meningkatkan kemahiran

Categories: 1

0 Replies to “Contoh Assignment Pengurusan”

Leave a comment

L'indirizzo email non verrĂ  pubblicato. I campi obbligatori sono contrassegnati *